Geli geleman aku bila tengok nama page
Gals Love Pengkids bila kawan aku suruh aku buka page tu beberapa hari lalu. eeeee....! Lagi geli bila diorang mempertahankan perbuatan songsang diorang tu betul! Eeeee! What is the feel of a girl scandal with a girl???? Geli-geli geli! Kenapa ye manusia suka menjadi songsang??? yang perempuan teringin nak menjadi lelaki. Yang lelaki pula sibuk tukar jantina. operate situ sini. aduuh la... Gods creation is the best tapi kenapa ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang dah diberikan?
|
masyaAllah..... |
Bila aku tengok page macam tu wujud, aku rasa generasi zaman sekarang memang dah tak ada perasaan malu lagi. segan-segan tu cuma buat-buat gedixx je.!
Bila wujud page macam tu, menunjukkan kalian tak rasa langsung kalian sedang buat kesalahan dan hubungan songsang kalian ni memang tak ke mana. Dalam bahasa yang agak kasar, kalau sampai hilang dara tu rugi sangat2. Di tangan perempuan pulak tu. Tak rasa sayang ke????
|
hubungan yang tidak smpai ke mana |
|
beginikan cinta lesbian yang mereka agung-agungkan? |
Sejauh mana pun kalian cakap cinta mati ke hapa ke, yang pasti hubungan tu sekadar suka-suka je. Bukan boleh dapat zuriat pun. Kadang-kadang aku tengok, aku rasa feel antara kalian ni actually macam bestfren je sebenarnya,
Kalau kalian kata kalian tak ganggu orang, tapi orang lain rasa amat terganggu dengan kalian. macam mana kata kalian xganggu???
Yang jadi perempuan tu, oke nampak dari luar cam normal la. Cantik, ayu. tapi ati songsang rupanya. Pelik la macam mana Kalian yang 'perempuan' ni boleh terpikat pada 'perempuan' yang berpura-pura jadi 'lelaki'
1more, kenapa kalian terpikat bila pasangan 'pengkid' kalian tu berlagak cam lelaki? Nampak handsome ke? or nampak Macho je??? Nampak sangat naluri, jiwa dan fitrah kalian ni masih xlari. Masih mencari cinta seorang lelaki. Cari lah LELAKI TULEN wahai gadis! Tuhan dah ciptakan pasangan untuk kita. dan pasangan itu adalah dari jantina berlainan!
Yang pengkid pula, kenapa berlagak seperti lelaki??? Padahal pasangan kalian tu memang dah tahu kalian tu sebenarnya perempuan. Tak malu ke berpura-pura tapi semua orang dah tahu kalian berpura-pura?? Atau kalian takut pasangan kalian tu jatuh cinta pada LELAKI TULEN pula nanti kalau kalian tak cukup handsome dan maskulin???? Sehebat mana pun kalian berpakaian, orang ramai tetap tahu kalian adalah perempuan. Tuhan dah jadikan fisiologi perempuan dan lelaki tu berbeza. Tengok susuk tubuh dari belakang pun kita boleh tahu dia tu perempuan or lelaki. Bersyukur la dengan jantina yang Tuhan dah tentukan pada kita. Dia jauh lebih mengetahui daripada kita.
Kalau kalian kata perbuatan kalian ni baik di mata kalian, Tapi ingat, kalian buat orang lain sakit mata!
Jadi, jangan salahkan orang yang band and hentam teruk-teruk page kalian tu!
Kepada siapa yang mengaku Islam tu, sudah-sudah la buat kerja songsang macam tu. Tuhan dah jadikan setiap perkara di dunia ni berpasang-pasangan. ada siang, ada malam. Ada hitam, ada putih. Ada jantan, ada betina. Ada hidup, ada mati, ada perempuan, ada lelaki. Ada suami, ada isteri. Kenapa mesti kita langgar lumrah dunia dan fitrah manusia macam tu?
Dalil-dalil di bawah aku ambil di blog scene_r .
Boleh rujuk sini kalau nak tahu lebih lanjut
Sihaq (lesbian) / سحاق
Sihaq bermaksud ketidakwajaran hubungan jenis diantara dua orang wanita (iaitu kata berlawanan bagi lelaki : liwat) – Al-Mu'jam Al-Arabi Al-Asasi
Sihaq pada bahasa adalah sihaq dan musahaqah
Manakala sihaq pada istilah adalah : perbuatan wanita antara satu sama lain, dan begitu juga perbuatan orang yang majbub(terpotong seluruh kemaluan lelaki) dengan wanita juga disebut sebagai sihaq.
Dalil pengharaman hubungan sihaq
Firman Allah s.w.t :
والذين هم لفروجهم حافظون،إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين،فمن ابتغى وراء ذالك فأولئك هم العادون
Maksudnya: Dan orang-orang yang menjaga kemaluan mereka,kecuali terhadap isteri mereka ataupun orang yang mereka miliki (hasil dari peperangan dengan orang kafir), maka sesungguhnya mereka dalam keadaan ini tidak tercela.Sesiapa yang mencari yang sebalik dari itu (melalui jalan zina,homoseksual dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.(Surah Al-Mu'minun ayat 6-7 )
Lafaz farj di dalam ayat لفروجهم membawa maksud : aurat lelaki atau wanita yang meliputi qubul dan dubur. - Al-Mu'jam Al-Arabi Al-Asasi pada makna farjul insan.
Dalil ini menunjukkan bahawa umum ayat meliputi lelaki atau wanita pada wajib memelihara kemaluannya kecuali pada suami atau isteri sahaja.Justeru itu, perbuatan sihaq merupakan perbuatan maksiat yang tidak menjaga kemaluannya daripada orang yang sepatutnya dijaga.
Diriwayatkan dari Imam Al-Baihaqi dari Abi Musa Al Asy'ari r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :
إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان ،وإذا أتت المرأة المرأةفهما زانيتان
Maksudnya :Apabila seorang lelaki mendatangi lelaki maka mereka berdua berbuat zina,dan apabila seorang wanita mendatangi wanita maka mereka berdua berbuat zina
Sabda Rasulullah s.a.w lagi
Maksudnya:Sihaq diantara wanita itu adalah zina (rujuk kitab Feqh Islami Wa Adillatuhu Dr.Wahbah Az-Zuhaili jilid 7 ms 5346)
Aku tahu kalian memang akan menafikan dan tetap kata perbuatan kalian ni betul. Tapi jauh dari sudut hati kalian tahu sendiri lah dosa dan pahala. Betul ke tak perbuatan kalian tu. Paling-paling jahil pun, jangan lah terlalu bangga buat benda dosa ni dan war-war bagi semua orang pandang rendah pada kita. Tak perlu lah nak bagitahu semua orang kalian ni lesbian. Ia amat menjengkelkan dan meloyakan tekak gadis-gadis normal.!