KUALA LUMPUR: Kapal Rachel Corrie yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan sepatutnya memasuki perairan Gaza kira-kira 2 petang waktu Malaysia sekiranya tidak menghadapi apa-apa kesulitan. Namun, kira-kira jam 2.45 petang itu, MV Rachel Corrie telah ditawan tentera Israel dan kini terpaksa memberi kerjasama kepada tentera Israel untuk mengawal keadaan.
Wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Sufi Yusoff ketika dihubungi tadi menyatakan Rachel Corrie kini berada kira-kira 55 batu nautika dari pelabuhan Gaza. Enam warga Malaysia antara sukarelawan yang berada atas kapal itu.
Sufi yang juga pembantu kepada pengerusi PGPO, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pada ketika itu, kesemua anak kapal berada dalam keadaan selamat namun mereka diekori oleh tiga buah kapal peronda sejak tiga ke empat jam lepas.
Bagaimanapun, katanya, identiti kapal-kapal peronda berkenaan yang berada kira-kira enam hingga 10 batu di belakang Rachel Corrie disyaki milik Isreal berdasarkan kepada visual yang diterima namun belum dapat dipastikan lagi kerana waktu itu tidak terdapat sebarang komunikasi antara mereka.
Sambil menolak khabar angin yang tersebar di internet yang mengatakan bahawa Rachel Corrie kini dikepung tentera laut Israel, beliau mengulangi kenyataan PGPO awal pagi ini bahawa mereka mengalu-alukan wakil daripada badan antarabangsa terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa Rachel Corrie.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak aktivis keamanan itu pada kira-kira 12.30 tengah malam, PGPO berkata sukarelawan di atas kapal MV Rachel Corrie mengalu-alukan badan antarabangsa memeriksa kapal itu bahkan juga mempelawa sebuah badan bebas, khususnya PBB untuk membuat pemeriksaan dan menentukan jenis kargo dalam kapal itu.
Para sukarelawan itu juga berikrar bahawa mereka terdiri daripada aktivis tidak bersenjata dan kapal itu tidak membawa sebarang senjata atau kelengkapan yang mungkin digunakan untuk tujuan berbahaya.
Namun, ternyata kapal yang mengekori mereka tadi merupakan kapal milik tentera Israel dengan niat menghalang perjalanan mereka ke Gaza. Nasib aktivis-aktivis yang berada dalam kapal Rachel Corrie belum dapat ditentukan lagi. Oleh itu, bersama-samalah kita mendoakan agar Allah menghulurkan bantuan-Nya melindungi semua yang berada dalam kapal MV Rachel Corrie.
Selain wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, turut berada di atas Rachel Corrie adalah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang, dan dua wakil TV3 terdiri dari seorang wartawan dan jurugambar.
- Laporan dipetik dari Berita Utama TV3, Bernama & Berita Harian 5 Jun2010

Post a Comment
Anda dialu-alukan memberi komen berguna terhadap artikel ini~