ANTARA REMBULAN, BINTANG DAN MENTARI
Antara rembulan, bintang dan mentari…………
Antara hujan, dan pelangi……..
Antara siang dan malam………..
Antara aku, dia dan kamu……….
Berjuta bintang bertaburan…………
Indah…….. dan menghiburkan………
Apalah ertinya malam tanpa kerdipan bintang-bintang….?
Yang sentiasa menemani sunyinya malam……..
Yang tak pernah jemu menghiasi sepinya langit………..
Walau bulan tetap setia menanti di situ………
Walau mentari tidak pernah kemana-mana………..
Namun hadirnya tidak jua dipandang……….
Biar jasa yang diberi……..
Biar budi yang ditabur………
Bukan niat untuk dibalas…………..
Kurelakan……..
Andai cahaya ini dapat menerangi kegelapan malam……..
Walau diri ini tidak dihargai……….
Biarkan saja mereka terus memuji bintang-bintang itu………
Dan bulan tetap menjadi sanjungan mereka………
Aku masih seperti dulu………..
Hujan masih tegar turun membasahi bumi……..
Walau diri sering dikeji………
Walau diri dipersalahkan………
Lantaran tidak tegar memandang insani yang kehausan……………
Juga mambekalkan sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan…………
Agar insani terus bersenang-lenang………
Tetapi…….
Mereka masih mengejar pelangi……….
Kerana pelangi itu indah di mata……….
Walau hujan yang manabur berbakti………..
Walau pelangi hanya menumpang kasihnya sang hujan……….
Walau hadirnya hanya untuk seketika….
Antara siang dan malam…………….
Yang silih berganti………..
Namun kelmarin tak mungkin kembali………..
Dan hari esok akan terus menjadi tanda tanya…….
Ku doakan agar siang yang bakal hadir lebih membahagiakan…
Dan malam-malam mendatang akan lebih bermakna……….
Duniawi………
Selalu begitu……….
Membiarkan aku terus mencari nilai suatu kehidupan………
Agar aku tidak sesat………..
Agar aku sentiasa berada pada jalan yang Engkau redhai………
Kerana aku hamba-Mu yang lemah……….
Seringkali tersasul dalam membuat keputusan……….
Sering buntu mencari jawapan………
Antara aku, dia dan kamu………
Kita masih mencari dalam kesamaran malam…
Yang hanya disimbahi sinaran rembulan…
Yang cahayanya dari ihsan sang mentari……
atau mungkin kerdipan bintangan sahaja sudah cukup membuat aku tersenyum…….
Munkinkah hari esok………..
Aku masih lagi layak…
Berpijak di bumi Penciptanya yang Maha Agung…
Dan masih bisa melihat terangnya mentari.......
Atau terus mengharapkan agar hujan turun membawa pelangi……..
Serta menghargai hadirnya siang………
Seterusnya menghayati indahnya malam……….
Sehingga subuh berlabuh kembali……..
Bersama-sama jernihnya embun yang suci………
Kumengharapkan…
Agar hari-hari mendatang lebih sempurna…….
Berbanding hari-hari semalam……….
Nukilan, diah…..
09/01/08
jam0200

Post a Comment
Anda dialu-alukan memberi komen berguna terhadap artikel ini~