Alhamdulillah... Melihat update-update terbaru di fb Global Medic Network dan blog Krisis Mesir, Nasib Rakyat Kita, hati berasa sedikit lega dan boleh cool down sikit. Kita semua harus lebih tenang dan teruskan mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di sana.
Menurut rakyat Malaysia di Mesir yang dapat dihubungi, telah ada pihak kerajaan malaysia yang sampai ke Mesir hari ini. Syukur. PM kita, Dato' Seri Najib Razak juga telah memberi jaminan atas keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dalam berita malam tadi. Pihak kerajaan Malaysia baru sahaja membuat kenyataan rasmi untuk melakukan pemindahan pelajar-pelajar yang masih di Mesir menggunakan kapal TLDM yang akan berlabuh di Athens. Kemudiannya, mereka akan di pindahkan ke negara berjiran Mesir buat sementara, BUKAN DIHANTAR PULANG KE MALAYSIA DENGAN SEGERA. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya mereka akan dibawa keluar dari Mesir secepat mungkin.
Ada antara pelajar-pelajar yang telah berjaya dapatkan penerbangan ke KLIA transit, boarding Flight Royal Jordan dan Gulf Air dan berlepas petang tadi waktu Malaysia kira-kira pukul 6.30pm dan 7.10pm. Airport Alexandria (Burg El Araby). Airport satu lagi yang masih selamat dan belum dibom. Mereka menggunakan TIKET PERSENDIRIAN, BUKAN PROSES EVAKUASI.
Gulf Air. Ada saudara kita berjaya boarding pesawat ini petang tadi kira-kira pukul 7.10 (1/2/2011) menggunakan tiket persendirian |
Royal Jordan. Ada pelajar yang berjaya boarding ke KLIA kira-kira pukul 6.30 waktu Malaysia petang tadi (1/2/2011) |
Elakkan mengambil penerbangan Egypt Air kerana banyak yang telah membatalkan penerbangan ke KLIA Airport |
Keadaan di Mansoura dan Iskandariah masih terkawal dan selamat sekiranya menuruti perintah berkurung iaitu dari pukul 4.00 petang-8.00 pagi. Kawasan Cairo amat teruk dan masih ada rusuhan besar-besaran. Warga mesir berusaha mengumpul seramai mungkin rakyatnya untuk menyertai rusuhan.
Kita di Malaysia janganlah pula mengadakan provokasi. Kita semua masing-masing ingin melihat kesemua rakyat dan pelajar Mesir selamat. Justeru teruskan berdoa meminta perlindungan dari Yang Maha Esa. Bersatulah wahai rakyat Malaysia. Kita mahukan yang terbaik. Kita mahu semua selamat dan kita memohon pada Allah yang Satu jua. Cuba bertenang dan jangan putus berdoa. Teruskan update dari GMN dan Krisis Mesir, Nasib Rakyat Kita. Go online tengok BBC dan Al-Jazeera. InsyaAllah saya akan terus update juga berita-berita dari link-link tersebut secepat mungkin.
Post a Comment
Anda dialu-alukan memberi komen berguna terhadap artikel ini~