MANUSIA PENUH NODA
Manusia itu...
Sangat mementingkan diri sendiri.
Menindas manusia-manusia yang lebih lemah.
Mereka yang lemah
Menjadi mangsa keadaan..
Perlu akur pada setiap perkara.
Perlu mengalah dalam setiap situasi..
Benarkah
Mengalah tidak bererti kita kalah??
Justeru apa??
Adakah
Mengalah bererti kita menang??
Siapa yang boleh memberi kepastian akan hal itu??
Aku
Bingung.
Ingin menyalahkan takdir??
Tidak sekali-kali.
Manusia
Dikurniakan akal untuk berfikir
Justeru haruskah takdir yang sering dipersalahkan lagi?
Manusia
Dikurniakan kelebihan
Untuk membantu yang lemah.
Tapi manusia
Terlalu bongkak.
Lupa pada hakikat diri..
Mereka hanya berfikir
Untuk kepentingan mereka sahaja
Tanpa pernah sedetik berfikir pada orang sekeliling
Tanpa pernah jemu mengherdik
Wahai manusia.
Sedarlah!
Kelebihanmu
Kekuasaanmu
Kekayaanmu
Kesenanganmu
Hanyalah pinjaman semata-mata
Dari Yang Maha Esa
Melihat duniawi
Yang semakin hari semakin rabak dan hancur
Laksana bertaburan perca-perca si tukang jahit
Laksana buah yang dimakan ulat dan burung
Aku menjadi takut
Menghadapi hari-hari depan
Mengharap satu sinar yang menyinar
Memohon dari Dia
Pencipta yang Maha Agung
Memohon agar diberi kekuatan
Untuk terus bertahan
Dan menjadi orang-orang yang sabar
Juga,
Kepada Dia yang Maha Esa
Kupanjatkan doa dari-Mu
Pemilik alam fana
Berilah petunjuk dan hidayah-Mu
Semoga mereka tidak lagi merasa bongkak
Semoga mereka tidak lagi mengherdik
Sesama makhluk yang kejadiannya serupa
Asalnya Adam dari segumpal tanah
Kemudian
Dari setitis mani
Menjadi segumpal darah
Kemudian membentuk daging-daging
Yang dibaluti tulang-temulang
Dan akhirnya ditiupkan roh kepada jasad
Lalu
Kenapa perlu dibeza-beza taraf dan darjat
Sedang sang raja
Mahupun sang hamba
Lahirnya dari titisan yang sama
Tiada lebih dan kurang
Tiada yang lebih mulia
Hanya taqwa pengukur iman
Hanya taqwa penyelamat manusia
Hanya taqwa penentu nurani...
Manusia itu...
Sangat mementingkan diri sendiri.
Menindas manusia-manusia yang lebih lemah.
Mereka yang lemah
Menjadi mangsa keadaan..
Perlu akur pada setiap perkara.
Perlu mengalah dalam setiap situasi..
Benarkah
Mengalah tidak bererti kita kalah??
Justeru apa??
Adakah
Mengalah bererti kita menang??
Siapa yang boleh memberi kepastian akan hal itu??
Aku
Bingung.
Ingin menyalahkan takdir??
Tidak sekali-kali.
Manusia
Dikurniakan akal untuk berfikir
Justeru haruskah takdir yang sering dipersalahkan lagi?
Manusia
Dikurniakan kelebihan
Untuk membantu yang lemah.
Tapi manusia
Terlalu bongkak.
Lupa pada hakikat diri..
Mereka hanya berfikir
Untuk kepentingan mereka sahaja
Tanpa pernah sedetik berfikir pada orang sekeliling
Tanpa pernah jemu mengherdik
Wahai manusia.
Sedarlah!
Kelebihanmu
Kekuasaanmu
Kekayaanmu
Kesenanganmu
Hanyalah pinjaman semata-mata
Dari Yang Maha Esa
Melihat duniawi
Yang semakin hari semakin rabak dan hancur
Laksana bertaburan perca-perca si tukang jahit
Laksana buah yang dimakan ulat dan burung
Aku menjadi takut
Menghadapi hari-hari depan
Mengharap satu sinar yang menyinar
Memohon dari Dia
Pencipta yang Maha Agung
Memohon agar diberi kekuatan
Untuk terus bertahan
Dan menjadi orang-orang yang sabar
Juga,
Kepada Dia yang Maha Esa
Kupanjatkan doa dari-Mu
Pemilik alam fana
Berilah petunjuk dan hidayah-Mu
Semoga mereka tidak lagi merasa bongkak
Semoga mereka tidak lagi mengherdik
Sesama makhluk yang kejadiannya serupa
Asalnya Adam dari segumpal tanah
Kemudian
Dari setitis mani
Menjadi segumpal darah
Kemudian membentuk daging-daging
Yang dibaluti tulang-temulang
Dan akhirnya ditiupkan roh kepada jasad
Lalu
Kenapa perlu dibeza-beza taraf dan darjat
Sedang sang raja
Mahupun sang hamba
Lahirnya dari titisan yang sama
Tiada lebih dan kurang
Tiada yang lebih mulia
Hanya taqwa pengukur iman
Hanya taqwa penyelamat manusia
Hanya taqwa penentu nurani...
Post a Comment
Anda dialu-alukan memberi komen berguna terhadap artikel ini~