SEPANG: Enam sukarelawan Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal MV Rachel Corrie yang ditawan tentera Israel 2.45 petang semalam akan dibebas dan dihantar ke Jordan jam 6 petang ini waktu Malaysia.
Berita ini ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi sempena menyambut kepulangan 12 aktivis yang ditahan dalam kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan Isnin lalu.
"Kementerian Luar Jordan sudah memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia bahawa mereka akan di hantar ke King Hussein Bridge pada 12 tengah hari (6 petang waktu malaysia)," katanya.
Enam sukarelawan itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera TV3, Mohd Jufri Judin.
-Laporan dipetik dari Berita Harian 6 Jun 2010
Bersama-samalah kita berdoa semoga tiada aral mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka...Amiinn...
Berita ini ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi sempena menyambut kepulangan 12 aktivis yang ditahan dalam kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan Isnin lalu.
Enam sukarelawan itu ialah Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria, wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta wartawan TV3, Halim Mohamed dan jurukamera TV3, Mohd Jufri Judin.
-Laporan dipetik dari Berita Harian 6 Jun 2010
Bersama-samalah kita berdoa semoga tiada aral mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku kepada mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka...Amiinn...
Post a Comment
Anda dialu-alukan memberi komen berguna terhadap artikel ini~