Puisi ini aku tulis khas buat sahabat penaku dari Indonesia. Berkisar tentang kesetian seorang bernama lelaki kepada bakal isteri yang amat dikasihi. Namun kerana takdir memisahkan mereka... Kepada sahabatku Fajar Putro Sunarso, keseluruhan hasil tulisan ini aku dedikasikan buat kamu. Aku harap sedikit sebanyak mampu merawat luka di hati kamu....
1 julai 1996…
Tanggal tarikh itu…
Detik itu… jiwa ini tidak lagi kosong…
Bunga-bunga indah jadi taman…
Malam gelap tetap punya sinar
Terik mentari jadi nyaman buatku…
Memilikimu..
biar hanya sesaat…
Tak mungkin pudar dari ingatanku…
Segalanya…
Bahkan serba-serbi jadi mudah…
Kerana semangatmu kah?
Tentu sekali akan kukatakan ya.
Sayangku
Younita Dyah Pitaloka,
Kau sumber inspirasiku…
Begitu juga aku padamu bukan
Aku kira kita serupa…
Telah kita ikat segala janji
Terpatri segala kasih
Telah kita lalui liku dan jurang
Telah kita renangi lautan dalam
Telah kita rentasi onak dan duri
Sesungguhnya jelas sudah
Kau bagiku kekasih awal dan akhir…
Sehingga kini..
Rindu berdetik lagi…
Memanggil namamu sayang..
Memanggil aku untuk turut bersamamu…
Sayangku
Selagi hayatku ada
Ku junjung namamu sayang
Ku coret kisah kita di hujung pena…
Biar kisah kita kan terus abadi…
Al-fatihah buat kekasih hatiku
Yang telah pergi meninggalkan aku
Buat selamanya
Kembali ke pangkuan pemilik nya yang Satu
Terima kasih Tuhanku
Kerana meminjamkan dia kepadaku
Biar hanya untuk sedetik…
Tapi cintaku padanya buat selama-lamanya…
Ya Allah…
Ku tahu dia milikmu…
Justeru kumohon pada-Mu…
Agar pertemukan aku dan dia
Di syurga-Mu…
Sesungguhnya…
Aku Pasrah…
Aku Redha…
Atas ujian dan suratan
Yang telah Kau tetapkan …
menyentuh hati