Salam teman-teman pembaca, pastinya kalian pernah mendengar kisah cinta Zulaikha dan Yusuf a.s. Namun berhati-hati kerana kisah telah menerima pelbagai tokok tambah dari pelbagai sumber yang tidak sahih.
'Zulaikha' merupakan nama yang tidak asing bagi masyarakat kita tapi tanpa rujukan yang sahih, kita mudah terpesong dengan sumber-sumber yang tidak benar. Sebagai muslim, kita pastinya memegang Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Jelasnya, di dalam Al-Quran sendiri tidak pernah menyebut nama 'Zulaikha' seperti mana yang kita kenali. Kisah mengenai Zulaikha dan Yusuf a.s diterangkan dalam Al-Quran dengan menyebut wanita itu sebagai imra’ah al-’aziz iaitu isteri al-Aziz. Al-Aziz merupakan pembesar Mesir, biasa disebut sebagai Qiftir. Dalam sebahagian kitab tafsir disebutkan nama isteri pembesar itu sebagai Rail, dan ada juga menyebut sebagai Zulaikha atau Zalikha. Namun, riwayat-riwayat tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan kesahihannya.
Merujuk kepada surah Yusuf ayat 21-35 menjelaskan bahawa Zulaikha isteri yang curang terhadap suaminya kerana telah menggoda Yusuf untuk melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah. Zulaikha pada awalnya sememangnya seorang perempuan yang tidak baik tingkah lakunya kerana sanggup berlaku curang terhadap suaminya sendiri dan kemudiannya menfitnah Nabi Yusuf a.s. sehingga menyebabkan episod kehidupan Nabi Yusuf a.s. meringkuk di dalam penjara sehingga beberapa tahun lamanya.
Kebesaran Allah nyata dilihat melalui keindahan alam semulajadi di sekeliling kita |
Kisah cinta Yusuf-Zulaikha yang diagung-agungkan sebenarnya tidak diceritakan langsung di dalam Al-Quran. Perkahwinan Yusuf dan Zulaikha juga tidak pernah diceritakan dalam Al-Quran mahupun hadith shahih, justeru berkenaan doa pengantin yang menyebut nama Yusuf dan Zulaikha tidak boleh disama ertikan seperti tulusnya kisah kasih Adam-Hawa atau kisah rumahtangga Nabi S.A.W bersama isteri baginda, Siti Khadijah. Selain itu ada juga kisah menceritakan keimanan Zulaikha sehingga buta matanya kerana kuatnya ibadah dan sering menangis kerana takutkan Allah, merupakan kisah yang tiada asal-usul yang shhahih. Di dalam surahYusuf, kisah imra'ah al-aziz (Zulaikha) ini terhenti pada ayat ke-53 surah Yusuf, yang mana 'Zulaikha' telah membuat pengakuan bersalah di hadapan Raja Mesir kerana menggoda dan memfitnah Yusuf dan akhirnya Yusuf dibebaskan dan diangkat pula sebagai pembesar Mesir. Ayat seterusnya dalam surah tersebut tidak lagi menyentuh kisah imra'ah al-aziz.
Dalam ayat 51 surah Yusuf, menjelaskan bahawa isteri Al-Aziz membuat pengakuan di hadapan Raja Mesir ketika itu bahawa dialah yang menggoda Yusuf dan terlerailah segala tuduhan terhadap Nabi Yusuf dan Yusuf a.s kemudiannya dibebaskan dari penjara. Imra'ah Al-Aziz menyedari kesilapannya dan Tuhan telah memberi ampunan terhadapnya. Lalu siapalah kita manusia biasa ingin mengungkit kesalahan silam dan mencela beliau sehingga sanggup menggelarkan dia perempuan jalang atau pelacur, setelah dia diberi ampunan dan bertaubat kepada Allah? Adakah kita ingin melampaui batas? Ingatlah, sesungguhnya Tuhan amat benci dan memandang rendah kepada manusia yang menghina hambanya setelah dia bertaubat.
Harus diingat, bahawa surah Yusuf dalam Al-Quran menceritakan kisah perjuangan Nabi Yusuf a.s dalam menegakkan kesucian agama Allah S.W.T. dan bukanlah sebuah penglipur lara tentang kisah cinta romantis merpati sejoli atau drama-drama cinta antara Yusuf dan Zulaikha.
Keinginan untuk berpasangan itu tidak dapat disangkalkan merupakan satu fitrah kehidupan |
Justeru kita lihat di sini, siapa yang menerbitkan nama 'Zulaikha'??
Bagaimana pula tentang wujudnya kisah pernikahan dan epilog kisah kebahagian rumahtangga Yusuf-Zulaikha??
Wujudnya nama Zulaikha sebagai isteri al-Aziz dalam surah Yusuf bermula dengan keterangan para ulama menukil kisah itu dari kitab-kitab tafsir klasik. Namun begitu, penyebaran nama 'Zulaikha' sebagai isteri al-Aziz tersebar tidak selari dengan penilaian keshahihan terhadap penamaan tersebut. Sebahagian masyarakat meyakini bahawa Zulaikha adalah nama wanita yang merayu Nabi Yusuf a.s. memenuhi kehendak nafsunya, dan kemudian setelah nabi Yusuf a.s. diangkat menjadi pembesar Mesir lalu mereka bernikah dan hidup bahagia dengan cinta-cinta romantis. Lebih hebat lagi tipologi kisah Yusuf-Zulaikha disamakan dengan tipologi Adam-Hawa, Muhammad-Khadijah, dan Ali-Fatimah; sedangkan keshahihannya amat diragui.
Lebih lanjut diketahui bahwa kisah Yusuf-Zulaikha muncul melalui lisan ahli kitab. Ketika surah Yusuf ayat 21 disinggung dan mereka membantah, mereka menuturkan detail kisah tersebut menurut versi yang mereka ada-adakan.
Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam hadithnya,
"Kamu jangan membenarkan penuturan Ahlul-Kitab, jangan pula mendustakannya. Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan apa-apa (kitab) yang diturunkan kepada kami dan (kitab) apa-apa yang diturunkan kepadamu." (HR. al-Bukhari)
Di dalam al-Quran, Allah azza wa jalla mengingatkan orang-orang beriman untuk tabayyun terhadap berita-berita yang dibawa oleh orang fasik (al-Hujurat:6)
.........................................................................................................................
Berdasarkan nukilan dari kitab-kitab tafsir ulama salaf, ternyata yg menuturkan kisah penamaan istri al-Aziz dengan sanad yg lengkap hanyalah Imam ath-Thabari, yaitu dari Ibnu Humaid, dari Salamah, dari Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin as-Sa`ib, dari Abu Shalih, dari Ibnu `Abbas. Dalam jalur ini, nama istri al-Aziz adalah Ra`il binti Ra`il. Sedang riwayat yang menyebut nama istri al-Aziz adalah Zulaikha bersumber dari Syu`aib al-Jaba`i. Kedua sanad itu lemah sekali bahkan palsu. Penyebab lemahnya riwayat ada pada Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dan Syu`aib al-Jaba`i. Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dinilai sebagai rawi yang matruk (ditinggalkan/dusta) oleh Imam adz-Dzahabi, Imam Ibnu Hibban dan lainnya. Sedangkan Syu`aib al-Jaba`i dinilai juga sbg rawi yang matruk oleh Imam adz-Dzahabi dan Imam Ibnu Hajar al-Asqolani.
(perenggan ini bersumberkan laman web http://muqorrobin.multiply.com/journal/item/16 )
......................................................................................................................................
Walaubagaimanapun, aku selaku pemilik ruangan ni amat berharap agar kalian pembaca tidak membuat sebarang judgement memburukkan isteri al-Aziz tersebut kerana segala ketentuan adalah milik Allah. Siapalah kita manusia biasa yang entah dipandang Allah pada tahap mana sedangkan 'Zulaikha', kesedaran terhadap kesilapan yang dilakukan telah tercatat di dalam Al-Quran. Beginilah kita boleh mengambil iktibar atas perkara yang telah berlaku di zaman Nabi dahulu, tetapi janganlah sekali-kali mengutuk kerana sesungguhnya kita juga tidak lari dari melakukan dosa. Wallahualam....
......................................................................................................................................
Walaubagaimanapun, aku selaku pemilik ruangan ni amat berharap agar kalian pembaca tidak membuat sebarang judgement memburukkan isteri al-Aziz tersebut kerana segala ketentuan adalah milik Allah. Siapalah kita manusia biasa yang entah dipandang Allah pada tahap mana sedangkan 'Zulaikha', kesedaran terhadap kesilapan yang dilakukan telah tercatat di dalam Al-Quran. Beginilah kita boleh mengambil iktibar atas perkara yang telah berlaku di zaman Nabi dahulu, tetapi janganlah sekali-kali mengutuk kerana sesungguhnya kita juga tidak lari dari melakukan dosa. Wallahualam....
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::SUMBER RUJUKAN::
::SUMBER RUJUKAN::
1)Al-Quran & Terjemahannya, Surah Yusuf, Al-Quran Darul Iman, Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2007
kisah ni jadikan lah sebagai pedoman n pengajaran pd kita semua..
Betul3. Cik Deeya pun baru gak taw kisah ni dengan detail. Sebenarnya, nk cari doa zulaikha pastu jumpa byk blog cite sal ni. tu yg pi kaji punya kaji, bukak terjemahan Quran skali baru phm kisah Zulaikha ni yg sebenar.... Itu yg rs interesting tuk kongsi ng kalian sume.