Baru-baru ni cik deeya tengah kemaruk Guinea pig. Bahasa Melayu nya ialah Tikus Belanda. Ada gak orang panggil marmut. Guinea pig ni comey sangat... Hajat nak bela Guinea Pig pas ni. Maklum aje la, Cik deeya ni memang jenis gilakan haiwan-haiwan comel. mcm kucing ke, hamster ke, arnab ke... Guinea Pig ke... dan seumpama dengannya. I am an Animal's Lover kalau nak taw la. hehe ^_^
Tak percaya ke Guinea Pig tu comelll????? jum kita tengok cumil ke tak chumil haiwan ni ek ~~~>
haaa... camane??? cukup comel tak????
Kalau kalian nak tahu, guinea pig ni makan macam arnab. Saiz dia pun boleh besar arnab. tapi normal boleh saiz matang 25cm macam tu la. besar jugak tuu. Entah la cik deeya tiap kali tengok guinea pig ni (tak kisah la gambar je or yang real punya) mesti rasa macam geram cangat cangat cangat.... eeeeee... rasa macam nk cium-cium je guinea pig ni... Kalian ada tak yang rasa macam aku rasa nie??? hahahaha kalau kalian ni jenis gilakan pet, mesti geram geram geram gak macam aku nie... hehehee
Guinea pig ni bukan hamster taw. Ramai gak yang keliru ingatkan Guinea Pig ni sama dengan hamster. Tapi tak sama ye sebenarnya. Perbezaan yang paling ketara adalah pada saiz nya. Hamster tu saiz nya kecil saje.lebih kurang saiz genggaman tangan manusia je. Tapi Guinea pig ni lebih besar. Masa baru lahir saiznya dah sebesar genggaman tangan kita. yang dewasa lebih kurang 20-30cm panjangnya taw. Haiwan ni makan macam arnab je. Sayur, lobak, buah, pallet, sume die makan. Haiwan ni dari jenis Rodentia. Sebab tu pemakanannya pun sama dengan arnab. Tapi yang menariknya, najisnya tak berbau macam arnab. Satu perkara lagi, walaupun haiwan ini dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Guinea Pig, Ia bukanlah termasuk dari golongan khinzir yang merupakan haram bagi orang Islam menyentuhnya. Tikus Belanda merupakan keluarga Caviidae, justeru sesetengah orang mengenalinya sebagai cavi sempena nama saintifiknya adalah Cavia porcellus.
Seach punya search aku jumpa pula gambar Guinea pig roasted. Hurmmm... Terkejut juga la tengok. Kesian...
|
scroll lagi ke bawah taw.... |
|
Pergh.... Guinea pig sizzling. geeeerlll |
|
Nah... Western food~~ |
|
serius seyh.................! aku mmg rasa nk muntah tengok diorang masak GP ni. adeyh, kesiannya....... TT_TT |
Guinea pig dalam bahasa Melayu panggil Tikus Belanda, tapi sebenarnya haiwan ni tidak berasal dari Belanda sebaliknya berasal dari Pergunungan Andes. Penduduk-penduduk asli di kawasan ini dahulunya menjadikan haiwan ini sebagai hidangan dalam upacara-upacara tertentu mereka semenjak tahun 1960-an lagi. Kemudian, hidangan ini mula diterima sebagai sumber makanan yang enak dan mudah diperolehi samada di kawasan urban mahupun desa. Tambahan lagi, jenis haiwan ni amat mudah membiak. Jadi, jika dibandingkan dengan lembu atau khinzir yang menjadi sumber makanan mereka sejak dahulu kala, kos dan stok tikus belanda jauh lebih menguntungkan bagi mereka. Masa terus bergerak membawa bersama-sama hidangan pelik ini ke kawasan-kawasan sekitarnya iaitu Peru, Bolivia, Sierra, and also Colombia.
NI CIK DEEYA TUNJUK KAT KALIAN BEBERAPA JENIS TIKUS BELANDA YANG GLAMOR-GLAMOR
|
Fisrt jenis biasa tengok ni jenis Amerika. heheee gemuk kan???? |
|
Yang bulu rock2 sikit ni jenis Abbysinian/ abby je |
|
Abbysinian juga.~~ |
|
ni pun jenis biasa gak. jenis Amerika |
|
ini lak jenis Teddy Bear |
|
Teddy Bear juga.... macam arnab pun ada. |
|
Rambut kerinting ni jenisnya Texel |
|
Texel lagi. Cute kan??? |
|
jenis peruvian...aku takut skit tengok Guinea pig jenis ni. hehe |
|
jenis Ceronet. Bulu panjang macam Peruvian juga
|
Comel tak Guinea Pig / Tikus belanda / Marmut ni??? Rasa tak kegeraman macam aku rasa ni??? huhu. Sangat tak sabar nak memiliki Tikus Belanda ni ~~~
suka ati dia je panggang menatang tu..xde benda lain ke nk makn..haish!x puas ati betol ak tegok..
Haha sabo2 Cik Kima... Aku taw kamu ni Pencerita Kisah Haiwan. heheee penuh perasaan tu... Aku pun cian nengok diorang sesedap je panggang hewan kiut miut mcm GP ni... teruk teruk teruk haisy~
amat suke ngan haiwan2 tomey niw,,cian ad yg d masak,,yuks,,
cm na bele Gp niw,,tp da bele hmster,,huwaa,,
T.T
Bela la jugak Guinea pig... xde masalah ^_^