Ketika terjadi perdebatan antara kaum Musyrikin Quraisy dan Rasulullah s.a.w., Abu Jahal mengatakan pada Rasulullah dengan angkuhnya:
"Bukankah kamu mengatakan bahawa kaum Musa disambar petir ketika berkeras boleh melihat Tuhan? Jika kamu Nabi kami, kami pun ingin disambar petir. Apa yang kami inginkan lebih besar dari keinginan kaum Nabi Musa kerana kami beriman dan menuntut diperlihatkan Tuhan, tetapi bagi kami yang tidak beriman dapatkah kamu bawa Tuhan dan para Malaikat-Nya hingga kami dapat melihat dengan kasat(mata kepala)kami?"
Rasulullah s.a.w. lalu menjawab kata-kata Abu Jahal itu:
"Wahai Abu Jahal, tahukah kamu perihal kisah Ibrahim al-Khalil? ketika itu dia dibawa ke atas malakut langit sebagaimana ayat al-Quran surah Al-An'am,ayat 75 bermaksud;
"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan (Kami) di langit dan di bumi agar dia termasuk orang-orang yang yakin"
(Al-An'am: 75)
Ketika itu, Allah S.W.T. menguatkan pandangan Ibrahim sehingga dapat segenap pelosok bumi. di suatu penjuru Ibrahim melihat sepasang lelaki dan perempuan melakukan perbuatan terlarang, lalu dia mengutuk mereka lalu mereka binasa dikala itu juga. Kemudian Ibrahim melihat dua orang yang lainnya dan dia pun mengutuk mereka lalu seketika itu juga mereka binasa. Buat ketiga kalinya Ibrahim melihat lagi dua orang melakukan perkara itu lantas mengutuk mereka. Seperti sebelumnya, merka juga turut binasa. Ibrahim buat kali keempat melihat lagi dua orang berkelakuan sumbang dan berhajat mengutuk merka juga tapi Allah lantas menyeru kepada Ibrahim:
"Ibrahim, janganlah kamu mengutuk hamba-hamba-Ku. Kerana sesungguhnya Aku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Maha Perkasa lagi Maha Penyabar. Aku melihat mereka berbuat maksiat tetapi Aku tidak akan mengazab mereka untuk meluahkan kemarahan-Ku sebagaimana yang kamu lakukan. Jadi, hindarilah mengutuk! Kamu adalah seorang hamba yang digerakkan untuk memperingatkan manusia. Kamu bukanlah sekutu dalam penghukuman dan kamu juga tidak punya kuasa atas-Ku."
Allah S.W.T berfirman lagi,
" Sedarlah! Hamba-hamba-Ku tidak keluar dari keadaan-keadaan ini; bagi mereka yang berbuat maksiat, Aku tidak segera menghukum mereka. Jika mereka bertaubat, Aku pun mengampuni dosa-dosa dan menutup aib mereka. Aku menangguhkan sebahagian pelaku maksiat sebab Aku mengetahui dari sulbi mereka lahir anak-anak yang beriman. oleh sebab itu, Aku bersikap tolak ansur ayah dan ibu yang kafir sampai mereka melahirkan anak-anak itu. Saat waktu maksud telah sampai, Aku seksaan-Ku kepada mereka lantas mereka terseksa.
Jika taubat dan anak soleh tidak ada, Aku sudah menyiapkan mereka azab yang lebih pedih daripada keinginanmu yang membinasakan mereka. Kutukan-Ku sepadan dengan keagungan dan kebesaran-Ku.
Oleh itu, Wahai Ibrahim, biarkan aku dengan hamba-hamba-Ku. Aku lebih penyayang daripadamu terhadap mereka. Janganlah kamu pisahkan antara Aku dengan hamba-hamba-Ku. Aku Zat yang Maha Perkasa, Maha Penyabar, dan Maha Bijaksana. Dengan pemeliharaan dan ilmu Aku berlakukan qadha dan Qadar-Ku terhadap mereka."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Abu Jahal, "Kamu pun diberi penangguhan oleh Allah sampai lahir dari sulbi-Mu anak soleh. Ikramah, yang akan menjadi penanggung sebahagian kaum muslimin. Jika tidak demikian, azab pasti turun kepadamu. Tuhan pun menangguhkan kaum Quraisy kerana Dia mengetahui setelah itu mereka akan beriman.
Oleh sebab itu, kerana kekufuran yang nyata, Dia tidak menghalangi mereka dari kebahagian masa depan. Atau dengan alasan bahawa akan lahir dari sulbi mereka anak-anak yang mukmin. Dia yang Maha Kuasa menunda azab si ayah sampai anaknya mencapai kebahagiaan. Jika tidak begitu, kamu semua kaum Quraisy pasti sudah di azab."